Pengenalan
Alhamdulilah segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhamad (s.a.w).Harapan saya semoga ruangan ini dapat membantu para pelajar mengenal huruf dan membaca dengan lancar.Kemahiran membaca memerlukan langkah-langkah dan kaedah yang sistemetik.Ketekunan dan minat berserta semangat yang tinggi adalah kunci utama untuk mengenal huruf dan belajar membaca.Di ruangan ini dimuatkan salah satu teknik atau kaedah mempelajari bacaan khususnya untuk murid yang lemah dan tidak minat membaca.Insya'allah semoga ruangan ini akan dapat membantu para pelajar dan dapat menambahkan lagi minat untuk membaca.
Mengenal Abjad-Huruf Kecil dan Besar
Ingatlah sebelum seseorang itu dapat berlari, peringkat awal ialah merangkak dan bertatih. Hal demikianlah dengan belajar membaca , sebelum kita dapat membaca dengan lancar, pastikan kita faham langkah-langkah awal seperti mengenal huruf , bunyi vokal , konsonan dan bunyi suku kata.

Sila klip disini untuk latihan bacaan.
Membatang suku kata terbuka
Latihan membatang sukukata perlu dilakukan secara berulang-ulang tanpa jemu dan hayati dengan penuh ketekunan.
ba bi bu be be bo
ca ci cu ce ce co
da di du de de do
Buat latihan dengan lagu ini.
Setelah pelajar dapat menguasai sukakata dengan lancar, para pelajar boleh mula mengeja perkataan mudah.Contoh perkataan ialah seperti;
bo + la = bola
bo + la = bola
ka + ki = kaki
ku + ku= kuku
ba + ca= bacaSekiranya pelajar dapat menguasai kemahiran membaca perkataan mudah, pelajar boleh mencuba ayat ringkas dan mudah seperti di bawah;
Saya ada bola
Bola saya biru
Saya baru beli
Saya baru beli
Beli sama sami
Sila klip untuk mengeja perkataan yang agak panjang.
Sekiranya pelajar dapat menguasai kemahiran membaca perkataan mudah, pelajar boleh mencuba perkataan yang agak sukar seperti;
ke + re + ta = kereta
le + la + ki = lelaki
ke + ra + ni = kerani
ke + ra + ni = kerani
ba + ha + ya = bahaya
Sila klip untuk mengeja perkataan yang agak panjang.
Kalau rasa tension dan penat belajar mari menyanyi bersama .
KliP je.
SELAMAT MENCHOBA DAN SEMOGA BERJAYA
Pemandangan di Lata Rex, Kuala Krai.