Terdapat ralat dalam alat ini

Ahad, 13 November 2011

Pengenalan
Alhamdulilah segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhamad (s.a.w).Harapan saya  semoga ruangan ini dapat membantu para pelajar mengenal huruf dan membaca dengan lancar.Kemahiran  membaca memerlukan langkah-langkah  dan kaedah yang sistemetik.Ketekunan dan minat berserta semangat yang tinggi adalah kunci utama untuk mengenal huruf  dan belajar membaca.Di ruangan ini dimuatkan salah  satu teknik atau kaedah mempelajari bacaan khususnya untuk murid yang lemah dan tidak minat membaca.Insya'allah semoga ruangan ini akan dapat membantu para pelajar dan dapat menambahkan lagi minat untuk membaca. 

Mengenal Abjad-Huruf Kecil dan Besar
Ingatlah sebelum seseorang itu dapat  berlari, peringkat awal  ialah  merangkak dan bertatih. Hal demikianlah dengan belajar membaca , sebelum  kita dapat membaca dengan lancar, pastikan kita faham langkah-langkah awal seperti mengenal  huruf , bunyi  vokal , konsonan dan bunyi suku kata.
A B C D E F G
H IJ K L M N O 
P Q R S T U 
V W X Y Z

 
Sila klip disini untuk latihan bacaan.

video


Membatang  suku kata terbuka
Latihan membatang sukukata perlu dilakukan secara berulang-ulang tanpa jemu dan  hayati dengan  penuh ketekunan.

 ba bi bu be be bo
 ca ci cu  ce ce co
da di du de de  do

Buat latihan dengan lagu ini.
video


Setelah pelajar dapat menguasai sukakata dengan lancar, para pelajar boleh mula mengeja perkataan mudah.Contoh perkataan ialah seperti;
                                                  bo + la = bola
                                  ka + ki = kaki
                                  ku + ku= kuku
                                  ba + ca= baca

Sekiranya pelajar dapat menguasai kemahiran membaca perkataan mudah, pelajar boleh mencuba ayat ringkas dan mudah seperti di bawah;

  Saya ada bola
 Bola saya biru
   Saya baru beli
                          Beli sama sami                       


Sila klip untuk mengeja perkataan yang agak panjang.


video

Sekiranya pelajar dapat menguasai kemahiran membaca perkataan mudah, pelajar boleh mencuba perkataan yang agak sukar seperti;

  ke + re + ta = kereta
 le + la + ki  = lelaki
   ke + ra + ni = kerani
                          ba + ha + ya = bahaya                       


Sila klip untuk mengeja perkataan yang agak panjang.

video

Kalau  rasa tension dan penat belajar mari menyanyi bersama .
KliP  je.

video

SELAMAT MENCHOBA DAN SEMOGA BERJAYA









Pemandangan di Lata Rex, Kuala Krai.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan